Saturday, March 9, 2013

puisi, cerita, ada beza?

aku ke PSPshahalam tadi. tak tahu apa2, niat di hati teman along sahaja. dan sekarang laptop aku hang, perangai sial apakah ini laptop? aku tak faham kenapa dia perlu hang.
PSP generally abt puisi. Aku tak pandai berpuisi, tapi aku boleh bercerita. Puisi dan cerita tak sama ke? mungkin aku boleh cuba. Gabungkan bahasa puisi tapi jadikan jalan cerita. Mungkin boleh. mari cuba



Baru separuh zine tuturloka aku baca, muncul tiba memori2 lama. Argh. bagaimana zine sekecil itu boleh kembalikan nostalgia lama. Saka apakah yg mereka guna?

Dan memori kembali menghamparkan cerita...

Selamat, aku rasa selamat berada dlm pemanduan kau. Kau cermat ketika memandu, sehingga aku bisa tenang beradu. Berdua kemana sahaja kau rela. Kalau ke bintang aku pinta, tak mustahil kita kesana. Indah semuanya indah. Sedikit aku tak hiraukan mereka yg dibelakang melemparkan kata2 nista. Bagi aku hanya kau dunia aku. Dunia riuh rendah, gelak tawa, gurau senda. Hanya kau.

Kau berikan pandangan berkaca dgn harap aku boleh baca isi hati kau yg mengatakan

"Sayang, aku tak ingin jauh darimu, tapi aku terpaksa"

Aku mengerti, kerana hati aku meronta perkara yg sama. Namun keluarga tetap yg utama, biar terpisah jarak jgn berpaling hati. Selalu kau berkata begitu. Walau kau tak sweet sbb tak beli patung empuk berbulu2, dan kau berikan patung Domo yg berbiji2 kacang sebagai pengganti diri, sudah cukup membuat aku berjanji pada diri sendiri, dgn kau aku akan belajar utk setia.

Sepurnama berlalu dan kita masih bersama. Tak usah dikira not not yg sudah berterbangan, kerana jika dibandingkan, masa yg terluang tgk wayang sama2 lebih berharga. Aku pasti. Pasti bahawa kau boleh jaga aku. Kalau kau tercalon utk jadi pemimpin. Aku akan undi kau banyak kali. Aku makin pasti pabila fantasi  melakar rakus tentang majlis perkahwinan kita bertemakan warna purple dan white champagne yg gilang gemilang. Sungguh tiada terselit kemungkinan perpisahan. Aku buang jauh2 perkara yg aku tak inginkan, kerana aku pasti, cerita kita akan berakhir gembira mcm cinderella.

Kita terus berjalan. Berjalan gah diatas satu hubungan. Hubungan yg rasanya cukup kuat utk aku berpaut. Sehingga dtg lah taufan melanda, aku yakin hubungan kita tak bisa runtuh terus utuh. Nyata aku bkn sahaja gagal jwb addmath dgn jaya masa SPM. Tapi aku gagal dlm meneka percaturan kisah kita. Kalau hujan boleh berhenti, tak mustahil perasaan kau juga. Bila kau putuskan utk sekiankan semua. Aku terduduk kaku, mengalir perasaan hiba melingkar jiwa. Satu persatu gambar dibuka, terpahat senyuman kau. Senyuman yg dulu memberi aku seribu rasa gembira. Ternyata aku masih suka senyuman kau. Bagaimana kau boleh berhenti sukakan senyuman aku? Lebih byk soalan berbanding jawapan. Atau mungkin kau sebenarnya tak pernah suka senyuman aku? Persoalan lagi.

Keadaan menjadi triple cilaka apabila aku cuba melupakan. Aku tak faham kenapa perlu ada anasir luar yg berubah menjadi cupid yg cuba menyelamatkan. Sedangkan dia sendiri tidak tahu menahu seinci pun cerita. Mulai saat itu, aku berniat sahaja aku lupakan semuanya demi kesejahteraan bersama, namun memori tetap kekal pada tempatnya.

Dan sekarang kerana berbekalkan memori itu lah, aku masih boleh bercerita.




Keadaan aku?
kalau memori boleh trade in,
aku dah lama pergi low yat angkat memori baru.





No comments: