btw kita dah ada twitter baru! yeayyy. tp tanak bgtau nama kita apa. tak penting pun :) org tanya kenapa nama sgt lain. sumpah tade niat nak lari ke apa. kalau nak lari tadenya kita buat twitter tu public. tak kisah dah. tak private dah. tade apa yg nak disembunyikan :) lgpun kita bukan retis, public ke tak, sama je. huehue.
ckp psl judging, actually i have several story yg berkaitan dgn hal nilai menilai ni.
situasi pertama :
seorg perempuan. berbaju kemeja putih, berskrit pendek paras lutut berwarna hitam. dari jauh nampak mcm org korporat. kemas bergaya. cantik tercalit bedak serta segala debu2 penghias muka. menjamu mata di pusat membeli belah mungkin kerana ingin melepaskan tekanan selepas seharian penat bekerja.
lama aku memerhati. cantik, potongan badan yg cukup sempurna. sekali pandang, boleh goyah iman para jejaka.
aku senyum, beristighafar dlm hati. cuma memadamkan segala baris ayat nakal yg muncul oleh hasutan syaitan. manusia tak pernah lari dlm menilai. cukup pandang, atas bawah atas bawah, sudah memberi lesen kepada mulut dan akal utk berbicara sesama mereka.
azan bergema dari telefon pintar, tanda sudah masuk waktu untuk kita sujud pada yg satu. aku segera begerak ke tempat yg seharusnya dituju. melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang hamba. usai segala perkara, aku memberi ruang kepada para hamba yg lain utk melaksanakan tanggungjawab mereka pula.
tungggu dan aku terus menunggu rakan lain utk menyarungkan sepatu, sekilas aku toleh ketepi, susuk tubuh menawan tadi. berjalan menghampiri. kemana mahu dia?
dia terus jalan melepasi kami, sehingga dia membelok kekiri, menuju kearah pintu kami melaksanakan tanggungjawab tadi.
Ya Allah,
betapa byknya salah aku memberikan pandangan yg bukan2 pd wanita itu tadi !
kenapa terjadi begini? kerana kita terlampau bebas memberi ruang kepada diri untuk menilai sesuatu yg kita tak pernah kenali :)
Tamat.
Situasi kedua :
Letih mata memandang kertas yg penuh dgn soalan dan angka. Dari lepas asar hingga ke maghrib, otak diberi kerja utk melakukan tugasannya. Rasa molek benar utk berhenti dan memberi ruang kepada organ lain pula bekerja.
Aku mengangkat pandangan, indahnya ciptaan tuhan, lagi indah kalau dia berhenti belajar seketika dan rebah sujud pada yg Esa. Ambui, jauh terpesong. Segera aku palingkan muka, menghantar pesanan pd teman disisi utk kami bergerak ke rumah Nya.
Sedang aku sibuk memilih pakaian putih utk menutup aurat agar tanggungjwb lebih sempurna, terpandang aku pada warna merah keperang-perangan. Ikal mayang sungguh. mungkin tuan empunya menemani sahabat utk melaksanakan tanggungjawab. Hati menilai sendiri. buat SEKALI LAGI.
membongkok aku membuka pili, tiba2 ikal mayang itu mengurai ketepi. terkejut terpempan. nyata empunyanya juga ingin menunaikan tanggajawab sebagai hamba. Hati salah menilai lagi ! Bersalahnya rasa...
berjalan sepantas mungkin memikirkan masih banyak ilmu belum dipelajari, duduk. Eh kemana pergi ciptaan indah tadi? berjalan dtg dari arah pintu, berdua bersama teman. hujung ubun2 tampak basah.
Alhamdulillah, sempurna ciptaanya dari segi rupa dan agama. tapi sekali lagi aku salah menilai. bukannya mereka tidak menghadap ilahi cumanya bergerak dlm kadar yg perlahan sedikit dr aku.
Tamat.
Haaa, tgk. kita suka menilai kan? tak salah menilai ni. sbb org kata first impression is always important. tp jgn pulak smpai kita berburuk sangka.
sama2 kita Husnuzon okay?
:)
No comments:
Post a Comment