Friday, February 1, 2013

Tak boleh tidur sebab lapar,consider insomnia jugak?

Aku sepatutnya sudah berada di pertengahan alam mimpi. Kalau aku mimpi jd Cinderella, mungkin saat ni, aku sedang berada dlm babak kasut kaca tertinggal dkt tangga dan putera raja sdg mengejar aku dr belakang.

Aku tak boleh tidur sbb lapar. The last thing I ate was 6 cucuk satay Hj. Samuri dan sepinggan nasi goreng kampung yg awesome. Cukup tapau semua pakej breakfast, lunch, hi-tea dan dinner. Semua dlm hidangan itu. Jadi muncullah permasalahan perparitan perut aku kosong dan aku lapar gila sekarang. Jgn lalu dpn aku, ada kemungkinan aku boleh gambarkan kau umpama ayam Kenny Rogers berserta 3 side dish yg menggiurkan. Kdg2 skill berimaginasi tinggi ni cilake juga.

Plan asal aku nak turun bawah. Teguk beberapa gelen air kemudian main lompat2 dkt tangga sampai penat lepastu tidur. Tapi plan berubah bila aku sampai bawah.

First bila aku turun bawah, air masak tak seperti yg aku fikirkan. kuantiti dia tak sampai satu gelen pun. Aku dah mula frust. Cheras kini umpama Gunung Sahara. Kalau siang hari terik dia, kalau kau nak buat bbq just beli ayam je, pastu letak dalam bilik aku. confirm terbakar dan mampu jadi ayam peri-peri seperti ayam Nandos. lahanat lahanat. semua kedai ayam ada dlm kepala aku sekarang.
Kalau malam hari bahang dia, aku tak payah pergi Spa mahupun gym. Peluh aku keluar sendiri. Dia mcm auto-moderator gitu.

Second aku nampak roti gardenia perisa jagung. Berposing seksi atas meja umpama menarik serta menggoda saliva aku utk telan dia terus sekaligus dgn plastik.

Third aku nampak abah dah kemas lappy aku. Ha abah kalau dia berbaik hati kemas lappy maknanya dia bengang aku online dekat bawah. Aku selalu amek port online betul2 depan tv. Dia kata tu port dia. Dasar diktator betul Abah ni.

Disebabkan ketiga2 hal ni, aku sekarang berada di atas katil online buat entry yg entah kemana hala tuju ni sambil melayan kudapan roti perisa jagung tadi beserta air masak segelas. Kondisi ini sudah cukup syurga bagi aku. Jgn ganggu. Aku tgh mkn roti sambil bayangkan ianya ayam percik Ayamas.




Ini aku.
kau tahu?
bagus.


Nampak tak quotes yg aku tulis tu? 

" Take all the time you need to heal emotionally. Moving on doesn't take a day, it take lots of little steps to be able to break free of your broken self. "

Sebenarnya aku kesian. Ada beberapa yg aku kenal which is tak rapat but I know their story, mcm cannot move on. Aku kata kesian dlm nada yg betul2 kesian. Bukan perli ke apa okay. Yg benar2 kesian. Aku bukan la bagus sgt pun nak bagi advice ke apa. Aku admit aku pun masih dlm proses yg sama. Tapi at least give a try, can you?
Kita takkan tau kebolehan kita selagi kita tak cuba benda tu. 

Mcm ni la aku bagi kau simple situation,

KFC keluar set ayam baru, yg dia masak and hidang dkt customer ayam yg dlm wrapper tu. Ayam Ala Thai nama dia kalau kau bodoh sgt tak tahu. Alkisahnya, kau takkan tahu rasa dia bila kau tak pergi KFC then order set ayam tu dan rasa sendiri. 

Sama mcm kes move on. Kau cuba apply situasi KFC tadi. Mmg la sakit. Siapa kata tak sakit. Kau nak keluarkan duit nak beli KFC pun sakit maa. Ayam ala Thai tu satu set RM11.80. Dgn amaun tu kau boleh topup plus 1.80 mungkin kau boleh beli jajan dkt 7E. Tapi sebab kau nak tau apa rasa selepas mkn ayam tu, kau korbankan jgk 11.80 tu kan.

Move on ni org hati kayu pun ckp susah, apatah lagi yg hati penyu. Nak tak nak kau kena la try. Sampai bila nak berada di takuk yg lama? Aku tahu la susah, tapayah ulang byk kali. Aku tumbuk kau nnt. Aku pun tgh lalui sekarang. Tapi cuba tanya diri kau sendiri. Sampai bila?
Kita takkan kemana2 kalau kita asyik pertikaikan benda yg sama. Contoh hari ni pergi sekolah kau tanya cikgu 1 + 1 berapa. Besok kau pergi sekolah tanya soalan yg sama lagi. Dah bila masanya kau nak tanya 2 + 2 pulak? 

Aku tak berapa setuju dgn ayat "Aku tak boleh move on" Tade perkataan tak boleh dalam move on ni. Akan hanya ada dua laluan samada Nak atau Tak Nak. Itu je, kau tade pilihan lain dah. Menangis air mata kucing pun belum tentu org yg kau sayang tatang bagai minyak yg penuh tu balik dkt kau. Melainkan situasi ex boy/girl tetiba nak kau balik. Merayu apa jadah semua. Itu lain cerita. masalahnya dia tak nak pun. Dia dah blah. Blah jauh dr hidup kau. Memori yg lama berdua tu umpama kodak gambar yg menjadi filem negatif dlm hidup dia. Tiada guna nya lagi. 

Jadi kenapa pilih jalan utk Tidak Boleh? Sedangkan dgn memilih Tidak Boleh tu kau merana bagai nak gila. Kenapa seksa diri? kalau hal aku sampai kurus2 tu bkn sbb aku seksa diri tak mkn. aku mkn mcm biasa. malah lebih luar biasa aku rasa. Tp mungkin segala apa yg aku mkn ditukarkan sepenuhnya kepada energy utk aku stand back and fight the shit things happen around me.

Dah la kau tgh sedih lepas tu kau tak makan. Men, mana nak dpt energy mahu menangis sekuat hati?

Aku tahu tahap mengatasi kekecewaan bagi setiap manusia adalah berbeza. Ada org boleh recover pantas. ada yg take ages to recover.Tp kau perlu faham dua situasi ini
satu :  Mempunyai inisiatif mengambil langkah2 kecil secara slow and steady utk mengatasi kekecewaan, itu cool.
dua : Tapi arini kau ckp dgn diri kau nak move on tp besok pamper diri kau with beautiful lie yg org  tinggalkan kau akan dtg balik, itu bullshit.

Kalau tak tahan sakit perit dia sgt. Menangis la wei, menangis semahu2 nya tapi perlu tahu mana point kau ptt kesat air mata then say this to youself,

"Allah tak pernah kecewakan aku seteruk ni. dr mana dtgnya hak seorang manusia yg sedarjat dgn aku boleh buat aku sekecewa ni?"



Aku tak kuat.
Tapi aku belajar jadi kuat.
Aku nak cuba tlg kaum aku jd kuat.
Aku tak suka la tgk kaum aku sendiri down
hanya sbb benda yg tak konkrit.


cinta tu pinjaman weh.
kalau dah nama pun pinjam.
Bila2 masa yg atas sana boleh tarik balik.
ok?





tiba2 aku dgr bunyi pelik dr luar.
terus baik insomnia aku.
 tidur dulu. okbye.


No comments: