Saturday, February 2, 2013

Radio, lagu dan kereta

Hidup aku banyak dihabiskan dalam kereta lately ni. Bila aku masuk kereta, perkara utama aku buat adalah on radio. Tapi kini lagu di radio kebanyakan nya bullshit. bullshit sebab lagu cinta je selalu on air. Okay fine nak kutuk aku tade pakwe lepastu emosi dgr lagu cinta kan? Fine, kutuk la. Aku sedar status aku.

okay pause la kutuk tu dulu, sambung balik baca entry aku. Ha tadi aku ckp kebanyakan lagu cinta. Bukan semuanya. Kebanyakan lagu cinta sekarang bullshit yg tahap terbullshit sekali. Kenapa aku ckp mcm tu, mcm ni, lagu cinta sekarang mcm agungkan gila pasangan kita. Mcm pasangan kita tu so angelic laik dat.
Hakikatnya tade weh lelaki yg kengkonon korg imangine sesempurna putera raja dalam cerita barbie tu. Berhenti berkhayal wahai perempuan. berhenti. kalian juga tidak sesempurna princess barbie. Ingat tu.

Kalau ada lagu putus cinta pun selalu lagu yg mcm mengharap utk everything jadi mcm zaman bercinta balik. Argh bullshit nya. Bullshit semua. Sbb lagu2 mcm ni lah rosak seluruh usaha perempuan yg sedang mencuba utk move on tahu?

tadi aku bukak radio, layan kejap sebab nak dgr ulangan JOHARA pagi era lepastu mula lah keluar lagu bullshit. Aku tukar frekuensi, sekali keluar lagu mcm putus cinta. Lepas tu aku senyum sinis sambil bermonolog dalaman

"kalau lagu ni dia selitkan lirik mengharapkan balik utk cinta dia kembali bersatu, lagu ni bullshit"

Aku pun dare diri aku utk dgr lagu tu sampai habis. First verse aku dah amazed.





**abaikan tulisan kuning in the middle of the video.
tu tuan punya video memandai edit and tambah.
acah2 buat puisi lak dia -.-


Tidak sesekali ku ingin memiliki
Cinta dusta yg telah kau berikan
Jika aku tahu tak mungkin ku mahu
kau bersamaku

Kini ku biar kau berlalu pergi..








Dua ibu jari naik!
Bagus. aku suka lagu ni
lagu ni tak bullshit.



Cuba kira berapa kali aku taip bullshit.
okbye.





No comments: