Tuesday, March 4, 2014

Sungguh

Sungguh aku cemburu,
pada mereka bersama kamu sebelum aku,


Aku cemburu,
akan crush pertama,
yg kamu suka diam-diam


Aku cemburu,
akan makwe sekolah menengah pertama,
yg kamu bertukar2 surat penuh bedak


Aku cemburu,
akan kekasih pertama,
yg kenal picisannya kamu ke matangnya kamu


Aku cemburu,
akan kekasih yg kata kamu cinta dia dipuja puja,
dan perginya dia buat kamu kecewa.


Aku cemburu,
akan pelajar pelajar kamu,
yg memilih 'abang' sebagai nama singkatan.


Aku cemburu,
pada teman bidang seni kamu,
yg pernah kamu 'adjust' dgn pickup line


Aku cemburu,
kerana,
mereka yg kamu usik usik dahulu,
mereka yg kamu bergurau senda dahulu,
mereka yg kamu berbual bual dahulu,
mereka yg kamu cari cari dahulu,
mereka yg bahagiakan kamu dahulu,
mereka yg kamu rindu rindukan dahulu.


Argh, aku cemburu,


kerana 
mereka bersama kamu dahulu, sebelum aku.
























Sebenarnya, kangen.
Semoga semua baik baik saja. 
Jaga diri, jaga hati, okay? 

No comments: