Thursday, December 11, 2014

#IEjourney - Overall

okay aku sebenarnya berfikir banyak kali nak buat entry ni, sekarang semua benda aku nak tulis aku berfikir, risau gak kang meghoyan kena delete entry. tapi bila fikir balik come on la nak kawen dah pun, nak kawen ni sekali je kot seumur hidup (inshaallah mintak mintak sekali je, amin) , so i better write up the path of my wedding.

Aku syak memang betul orang kata banyak dugaan lepas bertunang, seminggu lepas tunang ada je benda aku bertekak dgn Nik. Non stop pulak tu, back to back. Sebelum ni bergaduh jugak lah sebab mcm tak real la pulak relationship kalau tak pernah bergaduh. Somehow lepas tunang ni aku rasa panas hati je dengan dia. I don't know whether it is normal, atau aku terbawak bawak ayat "lepas tunang besar dugaan" or kepala aku sendiri  yg sot keje asyik nak cari pasal manjang.

Time left for us untuk prepare our majlis quite singkat I guess? Itu yg banyak sgt perselisihan faham at the first week. Sebab aku trauma majlis tunang aritu, everything last minute kelam kabut gila. Tu yg kalau boleh preparation kawen ni esok jugak aku nak settle semua.

Ramai tanya bila, I can't tell the exact date yet, biar family and close friends tahu dulu, I will pass the card to those that will be invited, tak pun mana yg aku rasa tak payah bagi card, I will whatsapp you. Kamon ah, kita kan towards paperless now. Kah!

Basically my majlis will be in the middle of next year, 12 bahagi 2, tahu la kan bulan berapa? Amboi gigih guna calculator kak? Kikiki.
Bila difikirkan balik, ada eloknya jugak tunang hujung hujung tahun, sebab nak beli barang hantaran boleh dpt murah. Year end sale kan, siapa je tahu kasut hantaran kau harga asal RM250 tp dpt RM19,90? Gila betul charles and keith punya sale. Menangis nafsu aku tgk tuari T_T


Aku tak beriye buat research psl preparation pun, mana aku rasa okay aku buat dulu, patutkah aku share steps aku yg picisan ittuew dkt sini? hahaha.


step one, tempat reception. Ok serious kalau nak kawen tahun dpn, hujung tahun sila la book dewan awal. Kalau kau nak kawen awal tahun till the middle of the year and now kau baru terkedek nak book toksah mimpi ah ada dewan kosong. Aku? hahahahaha. Nanti aku bg kad tgk la aku buat kat mana. jgn tanya kenapa tmpt tu jd pilihan, aku sendiri frust pasal tempat reception ni. *nangis tepi katil*

Kalau nak senang, cari cable atau kawan kawan yg gila sudi buat research utk tempat reception kau.

Contoh :



Gigih dgn gila sama banyak kwn aku ni 
Terus tanya marriott, takmau tanya ni bajet hotel dkt petaling street T_T


p/s: Marriot Putrajaya ni,
RM39K
 ballroom dgn makan ada pakej, yg murah RM100 per head for 300 pax
All fresh flowers.
Kalau awak kaya, awak boleh buat dkt sini :)



step two, hantaran. Bincang dulu dengan bakal suami nak berapa balas berapa. As masa engagement aritu our parents tak kacau pasal hantaran ikut suka kami nak berapa banyak. Hantaran is our own decision making, senang citer our own kemampuan la nak beli apa. Agak kalau nak bg jam tissot je seketul, pun boleh. 




Blur kan ah nanti orang kata aku riak.
walaupun semua barang ni ada sales.



p/s: kalau nak beli barang acah loaded
beli dkt luar, much cheaper dr market malaysia.
Ori pun ori.
Luar lg banyak sales weh,
Spring sales lah, Black Friday lah.
Aku beli jam dkt London, beza dlm 300 gak ah harga sana dgn sini.
Kirim kat org ah, kalau aku gi London lama dah naik dkt insta. kakakakaka



step three, baju akad & reception. Okay aku baru buat baju akad last Tuesday. Baju reception tak fikir lagi. kakakakaka. kengkwn dah tanya theme apa, aku hanya mampu reply "Erk, tak decide lg". Alahai rilek kejap eh? baru je boleh bernafas dgn normal setelah menggigil tangan beli brg hantaran Nik. Pastu kembali sesak nafas nak pilih warna tekstil design untuk akad nikah, enkorang tunggu jap, baju reception ontheway. By end of Dec yin bagitau theme okay? Fuh fuh. 


Nampak tak muka bosan dia?
nampak tak?
Tu time aku suruh dia pilih lace utk aku,
muka tu la yg dia tunjuk.




waktu beli barang untuk hantaran dia,
boleh pulak posing, ceit!




and the other steps go on in the list,
 maknanya, aku tak buat preparation yg lain lg. Mana nak fikir benda benda besar dr catering, photographer, videographer, kad kawen, segala mak nenek benda yg kecik remeh temeh seperti bunga gubahan hantaran, goodies, baju bridesmaid, henna dan segala waktu dgn nya. Sabar jap, ada banyak bulan lg. Jgn nampak nau gelojoh nak kawen. Kahkahkah.






Busy settle hal kawen pun,
hal aku teringin nk makan itu nk mkn ini,
tetap menjadi rutin Nik harus penuhi ketika dia cuti.
Aku bila org dah sudi teman ni,
bemanis mulut la kabo mekaseh for eberiting.

boleh dia balas,
"Berkat kesabaran sy selama ni, 
lembut jugak singa ni, jadi merpati dah dia,"




Heh,
dia tatahu 
taring aku ni dok bekilat je belakang tabir.












Haah, aku suka selfie depan cermin,
dlm kereta pun aku suka.
Masalah?












No comments: