Sunday, February 15, 2015

Ku kunci cinta mu dengan dessert ku.

Ewah, tittle kemain dangdut.

Moga entry kali ni tak ku sangka kan hujan berpanjangan rupanya gerimis mengundang. Berharap mood baik baik sahaja. Ok mood? High five.


Ada orang tanya kita ok kew dgn Abe Nik. Eh ok jela, walaupun tak selfie dlm kereta mahupun dpn cermin dan upload ke instagram, atau ambil gambar jari serta tag Abe Nik which I found not possible pun sebab Abe Nik tade insta, or amek gambar dekat invited reception with the caption "reception with love", we both okay jerrrrwwwwww.
Banyak W, nampak tak betapa okay dia mcm mana?

Since 13th Jan, not even once pun keluar date dgn Abg Fiance kita, okay nangis bucu katil. Kehadiran ku di rumah amat diperlukan 24/7. Pernah jugak la sampaikan keluhan ni ke Nik, but as usual la, he is the most cool guy ever.
Instead of we going out, he come visit Abah, almost every time bila the day dia tak kerja.

Learning Nik is totally tough. Dia 360 degree terus opposite dgn aku. Before this aku quite secretive nak cerita how my story with Nik, even pernah sampai Faa sendiri mungkin terasa sebab hello-we-buddies-but-who-the-guy-next-to-you-in-your-instagram?

This is because, woooo skema gila ayat macam nak buat essay jawab exam siap because bagai. ahaaa.

Aku ada terbaca satu quote, bunyik lebih kurang aku pun ingat ingat lupa;

"Why you never told people what you think about me? Because I don't want any people to think about you and fall in love"

Alahai, manissssssssssssssssssssssssssssssssssssssss, gigit!



okay back on track, so I try to learn about him somehow, aku ada few months lagi ni oi kang dia da salam tangan tok kadi, elak kena gelak je tak cukup kenal bakal seben in and out. Peh! ayat padu.

Ingat lagi the first dessert I make and ask Abah to bring to ASWARA, KEK BATIK engkoooooo. Dessert tahap paling senang kau bg kat bdk tadika pun dia boleh kabo "eleh ini dessert yg dibangga bangga kan? Ini buat susah berak boleh la"
yelah bubuh coklat banyak nau, bila manis baru simbol ke-gadis-an.

But hey, U are not deserve me at my best when you can't handle me at my worse, right?  Memula kenal bagi la masakan paling amateur tahap senang gila seperti rebus pau instant, atau nasi goreng kampung guna perencah beserta telur mata, atau pakai jela trick aku buat kek batik.
Tak kisah la even though kau sebenarnya shortlisted candidate yg layak masuk rancangan memasak Menantu vs Mertua. Simpan dulu bakat, toksah la nak pikat dgn makanan yg kau masak, nak lagi best dia tanya reti masak ke, kabo tak reti. Kita tgk jauh mana pergi suka dia.





ni lepas bertunang tau, 2 hari lepas aku buat
itu pun tak complete sebab this is suppose to be trifle.
mls nk beli agar agar instant cap Nyonya.
hmm, wording tu saje je, nak test piping baru beli. kah.


Trifle ni pun antara dessert senang tahap meraung. Susah dia sikit part custard, bila fefeling tgh kacau custard cair tu dgn perasaan bila tah dia nak likat, sekali in a split of second terus senduk rasa berat nak pusing without any notice dgn bodohnya pulak guna api besar, terus mengeras custard tu tanpa sempat kau letak gula. Itu jela yg susah nya pun, tapi kalau kau jenis champion bab masak, buat custard cara double boiler pun boleh dapat hasil menakjubkan. Ye, org masak custard atas dapur yg apinya kecik, AKU TAHU LAH!


Kembali kepada perihal cubaan konon nak jadi gadis boleh dibuat bini di hadapan Nik *tapi tak terlalu obvious*,

Kek batik sahaja, yg jadi.

Lain semua hampeh, kah.

Nik ni lain, dessert yg dia suka sangat lah bersimpangan dgn aku. Even lauk dia suka pun mmg lain terus. Aku ingat dia penah kata, awak tu western, sy ni kampung. Dia suruh aku masak bubur kacang hijau? Sayur lemak terung? Ikan rebus goreng?

Mula mula dengar rasa nak pitam. Apa lain sgt menu aku dgn dia. Dan setelah aku bersusah payah, wey masakan kampung, lelagi yg nak ada rasa ke-pantai-timur-an, adalah yg paling susah aku nak master tahu? That's why aku prefer western, paling susah pun kau perap, kau campak dlm oven, kau beli yg instant. Dah kalau nak sayur lemak terung nak cari instant celah mana? lagi pulak dia compare dgn Abah punya masakan, terus matilanakkkkkk. 



But now, semua lauk pelik awak, I have passed kan Nik? Cuma aritu tak sempat dia nak rasa laksam sbb kena denggi. Anyonyonyo. It's okay, next time sy buat lg okay?









Cheese Cake.
Made by me, today.
Ya, 
Gadis yg buat kek batik masa first trial memikat hati bakal husband.
The same lady.
*kenyit mata*




lelama tenung cheesecake aku,
serupa mcm puding gula hangus pun ada. kah!
ok la, cheese cake ni pun senang je.
gi google.
benci ah cemni.









tetiba Nik sebut "Laksa Penang" aritu,
hmmmm.
nak kena belajar buat la ni eh?









jgn tetiba dia mintak akok utk next dessert je sudah,
jenuh aku nak bakar sabut kelapa nanti.

No comments: