Monday, May 18, 2015

IEjourney – The Borangs

Betapa devastated nya hati aku dah type halfway of the entry lepastu laptop terus padam gelap gelita. Kasar nau cara kau cari gaduh laptop.

Ok robek juga la hati bila kau jd Bridezilla yg maklumat diharap segala nya dtg dari hujung jari and you google it, no search yg match and kalau ada pun tahun zaman Pak Lah masih memerintah. Kenot pakai enimor.

So here the searcher for Bridezilla with searching keys of

“Prosedur Nikah Lelaki dari Kelantan dan Perempuan dari Selangor”

Ya when comes to Borang, aku akan type kata kekunci yang paling remeh kononnya nak dpt kan search yg tepat lah, contoh ayat “Prosedur Kelantan sama tak dgn Selangor?”

Yes seperti kita sedang bersembang dgn Google.

Ok lets proceed mukadimah pepanjang pun kadang kita ni readers rasa nak memaki je blogger tu, straight to the point je la. Mls la nak cerita Tunang keje itu ini duduk situ sini maustatin situ sini aku lak mak pak mmg Kelantan pstu cemane boleh jd Selangorian.

Senang cite, Tunang aku dr Kelantan, Aku mmg lahir di Selangor, Clear?

Jom sembang by part.

Ini part Tunang aku, Nik nama diberi.

Tunang lahir Kelantan kerja Selangor.  Boleh je apply maustatin tapi payah la dia jenis balik rumah tidur besok pagi bgn pegi keje, ptg pegi gym, lepastu balik rumah tidur, dan rutin yg sama. Gila takdak life tunang aku sebelum kenal aku, cepat bersyukur awak dpt kenal dgn sy nik! So dia nak setel borang kat Kelantan, lantak kan lah dia yg kena ulang alik. Anyhow besusah la sikit nak kawen, effort please.

So urusan pengambilan borang Nik suruh abah dia ambil kan, halah Tok Kadi kat kampong kwn minum kopi apedehal kawtim la. Ni rupa borangnya.



Aah mmg borang Kelantan dlm bahasa jawi. Apa? Kau tak reti tulis jawi? Pergi lah mereput, tayah kawen. Kah! Gurau gurau, boleh je tulis ikut rumi, gila kau cramp nak tulis jawi, banyak weh info kena isi.
As you can see in the picture, there are already stated all document needed by Lelaki from Kelantan untuk bernikah diluar negeri. Tak payah kita nak sembang banyak.

Unclear part, borang Nik lulus dgn jaya nya tapi dia tak buat and tak bawak balik pun surat akuan bujang, I’m not sure whether Kelantan perlu ke tak surat itu. Sila tanya pejabat daerah agama negeri masing masing.

Okay gentle reminder, please mana mana tunang nak balik proceed borang kat Kelantan, bagi dorg Sijil Kursus Kawen yg ASAL  DAN Keputusan Saringan HIV (kalau Tunang kau jenis suruh kau pegang segala document berkaitan kawen seperti Nik -.-“)

Oh btw, Kelantan ada Borang Kebenaran Memberi Keputusan HIV sendiri tau, pergi download dkt JHEAIK, it’s free DAN WAJIB dibawa masa nak HIV Test in case korang nak HIV Test di luar Kelantan, seperti Nik buat di Selangor misalnya.


Kisahnya Selangor bagi result HIV kertas warna biru terkontang kanting je, Kelantan proper kena tulis semua maklumat and result bagai. Kalau kau tgk result HIV aku, serupa cakar ayam, result pun tatau reaktif ke tak, tp once kau dah dapat kertas BIRU tu, maknanya kau tak reaktif HIV la, kalau reaktif dorg akan panggil and talk one to one dgn korg. So mana Selangorian yg gi HIV Test bila dpt kertas biru yg maha nipis itu, JANGAN BUANG LAK! Itu la result HIV Test korang. Penting walaupun nipis serupa tisu recycle  T_T


Mcm biasa, borang dah isi, segala dokumen yg diperlukan dah ada, Nik pergi Pejabat Agama Jajahan Bachok sbb dia duduk Bachok, kau yang kat pasir mas jgn la submit kat bachok pulak alah noob nau satu satu nak kena bagitau, and dia submit borang. Tunggu dalam 48 jam gitu, Alhamdulillah diluluskan. Ya kalau kau bernasib baik prosedur nya dua hari, kalau tak seminggu, jadi balik la rumah jangan tidur kat Pejabat Agama pulak.


Dorang akan cop and tulis nama pasangan, kau ingat sijil kursus kawen ni mcm point card? Boleh guna banyak kali? Tak dapat la jeb, sijil Nik yg ni, mmg ada nama aku dah, kalau dia ada hati nak kawen lg sekali ngadap la kau kursus kali kedua. Heh.



Selain itu, maka dapat lah Nik surat ini, Kelantan mmg semua type in jawi, jd lambat la sikit prosedur nya rilek la jgn nampak gelojoh nau nk kawen.

Part Nik, settle.


Part aku pulak. Yin nama diberi, nak jugak.

Borang lelaki datang seketul kat aku, PAID Bachok dah stepler siap siap. So yg perempuan tapayah la kau gatal nak unattached borang tunang kau tu dan tempelkan dgn borang kau. Tak pasal marah PPN nnt. Seperti mana tunang kau bagi borang dia, seperti tu jugak kau bawak jumpa PPN Kariah kau nnt.

Selangorian, borang korang paperless ya. Tapayah gi JAIS mintak borang dorg satelit kepala nnt, semua online da sekarang. Selangor power!

Mana mana yg duduk dkt Sekolah Menengah Perimbun Cheras mcm aku, Masjid Kariah kita Masjid Nurul Ihsan tau, Daerah Hulu Langat, Mukim Cheras. Psl daerah dgn mukim ni je dah boleh bwk bergaduh, aku sampai call nazir imam 1 imam 2. Last last check dgn MPKJ. Kahkah. Pening weh.

So perempuan perempuan, kau kena register dkt website ncr.jais rasanya pergi lah google jgn pemalas sgt. Isi  Borang 2C dan 2D


Ini aku dah isi dan aku dah print, sebelum nak mengadap laptop isi beborang ni. Make sure ada maklumat diri hg, maklumat tunang hg, surat nikah mak apak hang, segala maklumat wali hg (mcm aku abah is my wali) , segala maklumat 2 org saksi hg. SEMUA maklumat, ic address rumah address tempat keje. Semua! Jgn degil aku nak senangkan korg isi borang ni.


Okay dah setel isi semua, boleh pergi jumpa PPN Kariah utk sign borang. Dokumen yg perlu,




Borang 2C & 2D asal dan fotostat
Ic asal kau dan fotastat
Ic asal wali dan fotastat
Ic asal 2 saksi dan fotostat
Sijil asal kursus kawen dan fotostat
HIV test asal dan fotostat
Sijil nikah mak ayah asal dan fotostat
Dan juga borang yg seketul tunang kau bagi.


Da ada semua ni, korag angkut wali and 2 org saksi jumpa PPN. Better buat fotostat 2 salinan semua dokumen tadi alah tak luak pun baru berapa sen.

Oh segala tandatangan yg diperlukan dlm borang, buat dpn PPN jgn pepandai sign dulu kang dia tanya kau lulusan universti mana dkt mesir, terkedu terus nnt.

Bila PPN, kau, wali kau, dan 2 saksi kau dah sign, boleh la bergerak ke PAID berdekatan. Mcm aku PAID Hulu Langat dkt Bangi nuh, dulu kat Kajang dorg da pindah ke Bangi.

BILA PERGI PAID, BAWAK SIJIL KURSUS KAWEN ASAL AND SURAT NIKAH MAK AYAH YG ASAL.

Ha aku dah caps lock, kalau tak bawak jugak, lantak la kau kena patah balik amek.

Kalau borang kau complete and ikut apa yg aku tulis tadi, once sampai PAID, pegawai depan tu akan cop sijil asal kursus kawen kau ye kekita yg perempuan pun kena cop gak jangan ingat boleh guna banyak kali. Dia akan suruh kau buat payment dkt kaunter. RM10 murah je mcm nak beli topup bayangkan berapa banyak kau habis duit beli topup sebanyak kali tu lah kau boleh kawen. Baik kawen nak ajak sembang pun dah depan mata.

Okay setelah tak sampai setengah jam pun (SELANGOR MEMANG POWER!) ada la dalam dua kali perut aku be-kriuk sbb time tu da pukul 12 lebih tak makan lagi, pendaftar akan panggil nama kau dan bagi KEBENARAN UNTUK BERKAHWIN. aku lupa snap gambar, my bad. tapi kertas dia warna kuning nak amek gambar pun aku dah pass borang ke Tok Kadi kang kalau mintak balik dia tanya nak buat apa pulak.


Then dah boleh balik bagi semua completed borang dkt PPN (nama femes dia Tok Kadi) mintak nikahkan terus. Amboi, tak menyempat bergetar tulang rusuk ! HAHAHAHAHA.

Setel.






Siapa kata nak urus borang kawen susah?
Susah sebab kau tu tak buat research
  tak compile semua document needed
 lepastu buat onar dkt blog

Takutkan yg baru baru berhasrat nak kawen
 Sembang setel borang sampai nangis2.

Drama lebih la engkorang ni.
 Aku setel borang siap boleh nyanyi duet lagu Jesnita dalam kereta dgn Nik.


Rilek je...


padahal sebenarnya
sebelum tu perang hendap gak
sebab dia sambil lewa urus borang.
Lelaki -.-"

1 comment:

Syaheera said...
This comment has been removed by the author.